FINE ACADEMY

 Merealisasikan Visi Organisasi Anda

Your Talents | Our Future

3 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI

PENYELESAIAN HOLISTIK

Pihak kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh daripada kaji selidik keperluan sumber manusia, kursus latihan dalaman, kursus publik hinggalah sesi coaching secara individu untuk memperkasa organisasi. Ini memberikan pilihan pelbagai buat organisasi cemerlang

TENAGA PAKAR BERASASKAN INDUSTRI

Para perunding dan jurulatih kami adalah pengamal industri berpengalaman bertahun-tahun dalam bidang berkaitan. Mereka mempraktiskan setiap teori dan kemahiran yang dikongsikan sepanjang kursus dan perundingan. Ia dikemaskini setiap masa bagi memastikan pengisian sentiasa yang terkini dan mengikut trend semasa.

KURSUS DIREKA & DISESUAIKAN

Kursus kendalian kami direka bentuk khusus mengikut keperluan organisasi sama ada untuk membangun jati diri, rasa kepunyaan, pemerkasaan kemahiran hinggalah mendidik akhlak mulia. Pihak kami membuat kaji selidik mendalam keperluan sumber manusia dan mereka bentuk kursus berdasarkan dapatan diperoleh. Hubungi kami, Anda akan mengalami sendiri pengalamannya.

Kami Komited untuk Memperkasa Organisasi Menjadi Terbaik

 

Kami berpengalaman dalam membantu organisasi mencapai sasaran dan mendepani cabaran masa kini bagi merealisasikan visi masa hadapan dengan perancangan strategik, mengurus dan membangunkan aset paling penting organisasi iaitu sumber manusia. Kami yakin dan percaya kepentingan penjanaan idea dan nyala rasa dalam membangkitkan potensi dan bakat dalam diri manusia bagi mencapai kesihatan dan kebahagian dalam hidup.

Daripada program latihan, kursus, perundingan hinggalah pementoran dan coaching – kami amat teruja dan ‘ghairah’ untuk terus menyerlahkan potensi semua individu bagi menjadikan mereka terbaik di antara yang terbaik dalam bidang mereka ceburi. Ketahui lanjut perkhidmatan yang disediakan khas buat semua.

TEMPAH AWAL BAGI MENDAPATKAN SEBUT HARGA

  • Kepelbagaian aktiviti dipersembahkan oleh penceramah menarik minat peserta. Mengantuk juga tidak dirasai kerana penceramah bijak, pandai mendekatkan diri dengan peserta seperti : pandai ambil hati peserta, mudah dekat dengan peserta, pandai lawak jenaka + unsur-unsur humor. Program ini banyak menambahbaikkan ilmu yang saya ada sekarang. Program yang disampaikan tegas tapi matang dan mudah diterima oleh peserta.

    Mohamed Safwan bin Hussin from Universiti Malaysia Kelantan
  • Kemesraan tenaga pengajar, jujur dalam memberi komen yang membina. Latihan yang mempunyai susunan dan struktur yang sangat baik dan mudah difahami.

    Mohamad Faridz bin Mohamad Nasir
  • Dapat meningkatkan pengetahuan tentang hubungan komunikasi antara keluarga,kawan,pekerjaan dan keadaan sekeliling. Kursus ini memberikan kita semangat dan keberanian terhadap menangani masalah.situasi dan kelemahan diri

    Ummu Umairah Bt Jaafar
  • Ilmu pengetahuan baru kepada saya, serta boleh mempelajari dan mengetahui tingkah laku, cara terhadap seseorang individu atau rakan sekerja

    Mariam Bt Jaafar Sidik
  • Saya suka pengisiannya tepat dan padat. Ilmunya membuatkan saya lebih bersemangat untuk berkerja dalam organisasi saya. Video yang baik sebagai peringatan. Ada pengisian Islamik.

    Norlaili Deraman

RAKAN KONGSI KAMI

fine jots logo

finex hilang

unnamed

FINE-JalanJalan-Transparent2-300x300

share on